CARA-CARA PENGURUSAN JENAZAH
Mengurus
jenazah orang Islam, merupakan fardhu kifayah, yakni apabila sudah dikerjakan
oleh sebahagian dari orang Islam yang lain, maka yang lainnya tidak berdosa,
akan tetapi apabila tidak seorang pun yang mengerjakan kewajipan tersebut, maka
semua orang Islam dalam satu kampung atau kawasan tersebut akan berdosa.
Di
antaranya yang wajib kita kerjakan dalam mengurus jenazah ialah :
1. Memandikannya.
2. Mengkafankan jenazah.
3. Solat ke atas jenazah.
4. Mengebumikannya.
1.
Memandikan Mayat
Cara
Memandikan Mayat
Sebelum
seorang mayat dimandikan perlu disediakan lebih dahulu beberapa perkara supaya
setelah dimandikan dapat di kapan kemudian di sembahyang dan dibawa ke kubur
untuk disemadikan (dikebumikan) tanpa kelengahan lagi itu :
1. Disediakan
air mutlak secukupnya.
2. Air daun
bidara atau sabun mandi.
3. Air kapur
baruh. Ketiga perkara ini alat untuk memandikan mayat.
4. Kain kapan
secukupnya.
5. Kapas satu
bungkus.
6. Air mawar.
7. Serbuk
pewangi (debu kayu gaharu atau lainnya).
8. Pengusung
mayat (keranda).
9. Kayu tudung
liang lahad atau lung.
10. Kain untuk tudung keranda atau pengusung untuk diusung
ke kubur.
11. Ugupan (kemenyan) dan bekas bara api.
Setelah
semua perkara di atas sudah ada dan orang yang hendak sembahyang pun ada, mayat
dibawa masuk ke bilik mandi atau di mana-mana tempat yang sesuai untuk
dimandikan mayat, mula-mula :
1. Disalinkan pakaiannya
(pakaian-pakaian basahan).
2. Diletakkan
di atas tempat tinggi atau di riba oleh keluarganya. Dan orang yang memandikan
mayat seelok-eloknya memakai sarung tangan.
3. Dibersihkan
najis pada tubuh jika ada.
4. Dihilangkan
perkara yang menegah sampai air ke seluruh badannya.
5. Diangkatkan
sebelah atas tubuhnya (sebelah kepala) dan disandarkan punggungnya ke paha atau
sesuatu. Dan diurutkan atas perutnya kemudian ditekan sedikit dengan
perlahan-lahan supaya keluar kekotoran yang patut keluar dari duburnya (Nguwam)
kemudian dibasuh duburnya seperti biasa.
6. Mayat
ditelentangkan, dimandikan dengan air mutlak meratakan tubuhnya dan digosok,
seperti mandi wajib daripada janabat, haid atau sebagainya, supaya meratai air
ke seluruh badan termasuk celah-celah paha. Lipatan-lipatan dan sebagainya.
7. Disugikan mulutnya
dengan benda lembut seperti kain putih yang disediakan khas baginya
dan dicungkilkan di celah-celah kuku jika perlu,
dan diselati celah-celah jari atau janggutnya jika ada dan perlu
disisir rambutnya.
8. Kemudian dibalik badannya
sebelah kanan ke atas sebelah kiri ke bawah dicucurair mutlak, digosok-gosok
dan dicucur air hingga rata.
9. Dibalik pula
tubuhnya. Supaya sebelah kiri ke atas dan sebelah kanan ke bawah dan dicucuri
air supaya meratakan semua tubuhnya. Semasa
melintang,menyenggeng hendaklah digosok tubuhnya supaya hilang segala
kekotoran dan disertakan dengan air daun bidara atau kapur baruh atau sabun
bagi memudahkan hilang kekotoran daki jika ada.
Sekali rata
semua tubuh sekali. Kemudian dicucur lagi hingga tiga kali rata air
rata, kemudian dicucur air daun bidara diakhiri dengan air kapur baruh
(semolek-moleknya 3 kali).
Orang
yang berhak memandikan mayat
Orang yang
lebih utama memandikan mayat ialah keluarganya (warisnya) yang terdekat jika ia
pandai memandikan mayat, jika tidak keluarganya yang lebih dan beramanah walau
macam mana sekalipun mayat lelaki hendaklah dimandikan oleh orang lelaki atau
isterinya atau orang yang haram nikah dengan si mati, begitu juga mayat wanita
hendaklah dimandikan oleh wanita atau suaminya atau orang yang haram nikah
dengannya.
Jika
ketiadaan mereka-mereka seperti ini ditayamumkan sahaja, seperti
mayat perempuan tidak ada orang perempuan atau suaminya
atau mahramnya begitu juga sebaliknya.
Setelah
selesai mandi disalin kain basahan itu dan dilapkan tubuhnya dengan kain yang
bersih.
Semasa
menukar pakaian dan semasa memandikan, wajib dijaga jangan terbuka auratnya dan
di tempat memandikan mayat sama ada bilik atau tidak hanya orang yang perlu
sahaja boleh masuk kerana jaga aurat si mati dan seorang kerabatnya yang
terdekat.
Sebelum Mandi
1.
Dibersihkan najis mayat (meruang) dan
membersihkan segala kekotoran atau getah, cat, plaster dan sebagainya yang
terlekat pada badan atau kuku mayat. Hendaklah mengosongkan perut terlebih
dahulu - kalau ada benda-benda kotor yang boleh keluar, supaya tidak lagi
keluar sesudah ia dimandi dan dikafankan.
Caranya: Dudukkan mayat (di atas papan mandi) dalam
keadaan condong sedikit ke belakang, dan menahan belakangnya dengan lutut kanan
sambil memegang belikatnya dengan tangan kanan (dengan meletak ibu jari di
tengah-tengah tengkuknya supaya kepalanya tegak), dan urut perutnya
perlahan-lahan dengan tangan kiri.
Siram air banyak-banyak untuk membersihkan benda-benda
yang keluar.
Setelah dikosongkan perut dan dbersihkan benda yang
keluar, hendaklah ditelentangkan semula mayat itu di atas papan mandi dan
dicebokkan oleh orang yang memandikannya dengan membersihkan kemaluan dan
celah-celahnya (menggunakan sarung tangan).
2.
Dengan sarung tangan bersih, tukang
mandi hendaklah membersihkan gigi mayat, lubang hidunganya, lubang telinga dan
celah-celah kukunya. Kemudian diwudhu'kan dengan sempurna (meliputi yang fardhu
dan sunat). Setelah itu baru dimandikan - dari bahagian kepala hingga ke hujung
kaki - meliputi seluruh tubuhnya.
Cara
Mandi
1.
Basuh seluruh kepala, muka dan
lehernya 3 kali.
2.
Basuh sebelah kanan (lambung kanan)
meliputi bahu, ketiak, tangan kanan, dada, rusuk, perut, kemaluan, celah-celah
kelangkang dan paha kanan hingga ke hujung kaki kanan 3 kali.
3.
Basuh sebelah kiri (lambung kiri)
meliputi bahu, ketiak, tangan kiri, dada, rusuk, perut, kemaluan, celah-celah
kelangkang dan paha kiri hingga ke hujung kaki kiri 3 kali.
4.
Kemudian diiringkan rusuk kanan ke
atas dan basuh lambung kanannya bahagian belakang meliputi bahu, belakang
badan, rusuk, punggung, peha kanan dan terus ke hujung kaki kanannya 3 kali.
5.
Kemudian diiringkan rusuk kiri ke atas
dan basuh lambung kirinya bahagian belakang meliputi bahu, belakang badan,
rusuk, punggung, peha kiri dan terus ke hujung kaki kirinya 3 kali.
6.
Cara mandi ini pertama dibuat dengan
menggunakan air sabun.
Kemudian dimandikan dengan air bersih, dilakukan seperti
cara mandi dengan sabun, tujuannya untuk membersihkan segala air sabun
tadi.
Setelah bersih, diwudhu'kan dengan niat,
" Sahaja aku wudhukan mayat ini kerana Allah"
Lafaz niat bagi lelaki:
"Nawaitul wudhu 'an hazal maiti lillahi ta'ala"
Lafaz niat bagi perempuan:
"Nawaitul wudhu' 'an hazihil maitati lillahi
ta'ala"
Kemudian mandi dengan air bercampur kapur barus. Caranya
air bersih dicampur sedikit air kapur barus yang sekira-kiranya tidak mengubah
hukum air mutlak, kemudian dijirus sunat diniatkan:
" Sahaja aku mandi mayat ini kerana Allah
Taala"
Lafaz niat bagi lelaki:
"Nawaitul ghusl 'an hazal maiti lillahi ta'ala"
Lafaz niat bagi perempuan:
"Nawaitul ghusl 'an hazihil maitati lillahi
ta'ala"
Proses mandi ini sama juga seperti mandi dengan air sabun
dan air bersih yang lalu. Kemudian ulang 2 kali dengan menambah kapur barus lebih
tua sedikit supaya baunya lebih keras.
Semasa menjirus, sunat membaca:
"Ghufranak rabbana rahman
wailakal masir"
Jadi hasilnya jumlah mandi mayat kesemuanya lima kali
iaitu :
. Satu kali mandi dengan air sabun.
. Satu kali mandi dengan air bersih.
. Tiga kali mandi dengan air kapur barus.
Perlu diingat perbuatan membasuh mayat dengan air
bercampur sabun (atau serbuk daun bidara) kemudian membilasnya, tidak dikira.
Itu hanya seperti membersihkan badannya.
Yang diambil kira ialah mandi yang akhir, iaitu
memandikan mayat dengan air yang dicampurkan sedikit kapur barus.
Akan bersambung.... Insya-Allah....