Thursday, 31 May 2012

PENGURUSAN JENAZAH

CARA-CARA PENGURUSAN JENAZAH

Mengurus jenazah orang Islam, merupakan fardhu kifayah, yakni apabila sudah dikerjakan oleh sebahagian dari orang Islam yang lain, maka yang lainnya tidak berdosa, akan tetapi apabila tidak seorang pun yang mengerjakan kewajipan tersebut, maka semua orang Islam dalam satu kampung atau kawasan tersebut akan berdosa.
Di antaranya yang wajib kita kerjakan dalam mengurus jenazah ialah :
1.      Memandikannya.
2.      Mengkafankan jenazah.
3.      Solat ke atas jenazah.
4.      Mengebumikannya.

1. Memandikan Mayat
       Cara Memandikan Mayat
       Sebelum seorang mayat dimandikan perlu disediakan lebih dahulu beberapa   perkara supaya setelah dimandikan dapat di kapan kemudian di sembahyang dan dibawa ke kubur untuk disemadikan (dikebumikan) tanpa kelengahan lagi itu :
1.         Disediakan air mutlak secukupnya.
2.         Air daun bidara atau sabun mandi.
3.         Air kapur baruh. Ketiga perkara ini alat untuk memandikan mayat.
4.        Kain kapan secukupnya.
5.       Kapas satu bungkus.
6.       Air mawar.
7.       Serbuk pewangi (debu kayu gaharu atau lainnya).
8.        Pengusung mayat (keranda).
9.         Kayu tudung liang lahad atau lung.
10.   Kain untuk tudung keranda atau pengusung untuk diusung ke kubur.
11.    Ugupan (kemenyan) dan bekas bara api.

       Setelah semua perkara di atas sudah ada dan orang yang hendak sembahyang pun ada, mayat dibawa masuk ke bilik mandi atau di mana-mana tempat yang sesuai untuk dimandikan mayat, mula-mula : 
1.    Disalinkan pakaiannya (pakaian-pakaian basahan).
2.    Diletakkan di atas tempat tinggi atau di riba oleh keluarganya. Dan orang yang memandikan mayat seelok-eloknya memakai sarung tangan.
3.    Dibersihkan najis pada tubuh jika ada.
4.    Dihilangkan perkara yang menegah sampai air ke seluruh badannya.
5.    Diangkatkan sebelah atas tubuhnya (sebelah kepala) dan disandarkan punggungnya ke paha atau sesuatu. Dan diurutkan atas perutnya kemudian ditekan sedikit dengan perlahan-lahan supaya keluar kekotoran yang patut keluar dari duburnya (Nguwam) kemudian dibasuh duburnya seperti biasa.
6.    Mayat ditelentangkan, dimandikan dengan air mutlak meratakan tubuhnya dan digosok, seperti mandi wajib daripada janabat, haid atau sebagainya, supaya meratai air ke seluruh badan termasuk celah-celah paha. Lipatan-lipatan dan sebagainya.
7.    Disugikan mulutnya dengan benda lembut seperti kain putih yang disediakan khas baginya dan dicungkilkan di celah-celah kuku jika perlu, dan diselati celah-celah jari atau janggutnya jika ada dan perlu disisir rambutnya.
8.    Kemudian dibalik badannya sebelah kanan ke atas sebelah kiri ke bawah dicucurair mutlak, digosok-gosok dan dicucur air hingga rata.
9.    Dibalik pula tubuhnya. Supaya sebelah kiri ke atas dan sebelah kanan ke bawah dan dicucuri air supaya meratakan semua tubuhnya. Semasa melintang,menyenggeng hendaklah digosok tubuhnya supaya hilang segala kekotoran dan disertakan dengan air daun bidara atau kapur baruh atau sabun bagi memudahkan hilang kekotoran daki jika ada.
Sekali rata semua tubuh sekali. Kemudian dicucur lagi hingga tiga kali rata air rata, kemudian dicucur air daun bidara diakhiri dengan air kapur baruh (semolek-moleknya 3 kali).

 Orang yang berhak memandikan mayat
       Orang yang lebih utama memandikan mayat ialah keluarganya (warisnya) yang terdekat jika ia pandai memandikan mayat, jika tidak keluarganya yang lebih dan beramanah walau macam mana sekalipun mayat lelaki hendaklah dimandikan oleh orang lelaki atau isterinya atau orang yang haram nikah dengan si mati, begitu juga mayat wanita hendaklah dimandikan oleh wanita atau suaminya atau orang yang haram nikah dengannya.
Jika ketiadaan mereka-mereka seperti ini ditayamumkan sahaja, seperti mayat perempuan tidak ada orang perempuan atau suaminya atau mahramnya begitu juga sebaliknya.
Setelah selesai mandi disalin kain basahan itu dan dilapkan tubuhnya dengan kain yang bersih.
Semasa menukar pakaian dan semasa memandikan, wajib dijaga jangan terbuka auratnya dan di tempat memandikan mayat sama ada bilik atau tidak hanya orang yang perlu sahaja boleh masuk kerana jaga aurat si mati dan seorang kerabatnya yang terdekat.


Sebelum Mandi
1.    Dibersihkan najis mayat (meruang) dan membersihkan segala kekotoran atau getah, cat, plaster dan sebagainya yang terlekat pada badan atau kuku mayat. Hendaklah mengosongkan perut terlebih dahulu - kalau ada benda-benda kotor yang boleh keluar, supaya tidak lagi keluar sesudah ia dimandi dan dikafankan.
      
Caranya: Dudukkan mayat (di atas papan mandi) dalam keadaan condong sedikit ke belakang, dan menahan belakangnya dengan lutut kanan sambil memegang belikatnya dengan tangan kanan (dengan meletak ibu jari di tengah-tengah tengkuknya supaya kepalanya tegak), dan urut perutnya perlahan-lahan dengan tangan kiri.

Siram air banyak-banyak untuk membersihkan benda-benda yang keluar.

Setelah dikosongkan perut dan dbersihkan benda yang keluar, hendaklah ditelentangkan semula mayat itu di atas papan mandi dan dicebokkan oleh orang yang memandikannya dengan membersihkan kemaluan dan celah-celahnya (menggunakan sarung tangan). 


2.    Dengan sarung tangan bersih, tukang mandi hendaklah membersihkan gigi mayat, lubang hidunganya, lubang telinga dan celah-celah kukunya. Kemudian diwudhu'kan dengan sempurna (meliputi yang fardhu dan sunat). Setelah itu baru dimandikan - dari bahagian kepala hingga ke hujung kaki - meliputi seluruh tubuhnya.

Cara Mandi
1.    Basuh seluruh kepala, muka dan lehernya 3 kali.


2.    Basuh sebelah kanan (lambung kanan) meliputi bahu, ketiak, tangan kanan, dada, rusuk, perut, kemaluan, celah-celah kelangkang dan paha kanan hingga ke hujung kaki kanan 3 kali.


3.    Basuh sebelah kiri (lambung kiri) meliputi bahu, ketiak, tangan kiri, dada, rusuk, perut, kemaluan, celah-celah kelangkang dan paha kiri hingga ke hujung kaki kiri 3 kali.


4.    Kemudian diiringkan rusuk kanan ke atas dan basuh lambung kanannya bahagian belakang meliputi bahu, belakang badan, rusuk, punggung, peha kanan dan terus ke hujung kaki kanannya 3 kali.


5.    Kemudian diiringkan rusuk kiri ke atas dan basuh lambung kirinya bahagian belakang meliputi bahu, belakang badan, rusuk, punggung, peha kiri dan terus ke hujung kaki kirinya 3 kali.

6.    Cara mandi ini pertama dibuat dengan menggunakan air sabun.

Kemudian dimandikan dengan air bersih, dilakukan seperti cara mandi dengan sabun, tujuannya untuk membersihkan segala air sabun tadi. 
     
Setelah bersih, diwudhu'kan dengan niat,
" Sahaja aku wudhukan mayat ini kerana Allah"
Lafaz niat bagi lelaki:
"Nawaitul wudhu 'an hazal maiti lillahi ta'ala"
Lafaz niat bagi perempuan:
"Nawaitul wudhu' 'an hazihil maitati lillahi ta'ala"

Kemudian mandi dengan air bercampur kapur barus. Caranya air bersih dicampur sedikit air kapur barus yang sekira-kiranya tidak mengubah hukum air mutlak, kemudian dijirus sunat diniatkan:
" Sahaja aku mandi mayat ini kerana Allah Taala" 
Lafaz niat bagi lelaki:
"Nawaitul ghusl 'an hazal maiti lillahi ta'ala"
Lafaz niat bagi perempuan:
"Nawaitul ghusl 'an hazihil maitati lillahi ta'ala"

Proses mandi ini sama juga seperti mandi dengan air sabun dan air bersih yang lalu. Kemudian ulang 2 kali dengan menambah kapur barus lebih tua sedikit supaya baunya lebih keras. 
Semasa menjirus, sunat membaca:
      "Ghufranak rabbana rahman wailakal masir"                                        

Jadi hasilnya jumlah mandi mayat kesemuanya lima kali iaitu :
. Satu kali mandi dengan air sabun.
. Satu kali mandi dengan air bersih.
. Tiga kali mandi dengan air kapur barus.

Perlu diingat perbuatan membasuh mayat dengan air bercampur sabun (atau serbuk daun bidara) kemudian membilasnya, tidak dikira. Itu hanya seperti membersihkan badannya.

Yang diambil kira ialah mandi yang akhir, iaitu memandikan mayat dengan air yang dicampurkan sedikit kapur barus.




Akan bersambung.... Insya-Allah....


No comments:

Post a Comment