Friday 1 June 2012


PERGI TAK KEMBALI-RABBANI

Akhirnya kita disemadikan di.......................

PENGURUSAN PENGEBUMIAN JENAZAH

Apabila seorang Islam itu mati wajiblah ia dimandikan, dikapankan, disembahyangkan dan dikebumikan (dikuburkan).
Sekurang-kurang kubur yang wajib ialah yang dapat menahan daripada keluar bau dan terselamat daripada dibongkar oleh binatang buas. Dalamnya lebih daripada seperdirian manusia biasa sekadar setengah hasta dan sebaik-baiknya dibuat liang lahad (ini lebih afdal) iaitu dikorek lubang di sebelah kiblat lubang kubur sekadar termuat mayat jika tanah kubur itu keras (liat) tetapi jika tanah itu perus (mudah runtuh) memadai digali di tengah-tengah lubang kubur itu seperti parit bagi memudahkan letak mayat.

Cara menurunkan mayat ke dalam kubur :
Mayat hendaklah diusung dan dimasukkan pengusung ikut sebelah kaki kubur dan diletakkan mayat yang di dalam pengusung itu di tepi kubur (sebelah balik kaki kubur) dan dikeluarkan mayat daripada pengusung itu kepada terus diturunkan ke dalam kubur dan ditarik pengusung ikut sebelah kaki mayat. Mayat sunat disambut oleh tiga orang di dalam kubur, semuanya lelaki tidak kecuali mayat lelaki atau perempuan. Sebaiknya kerabat si mati yang lebih dekat kalau mayat itu perempuan yang bersuami salah seorang ialah suaminya sendiri. Mayat diletak dalam liang lahad dengan mengadap kiblat iaitu menyenggeng di atas lambung kanan atau tengah lorong yang dibuat di tengah lubang kubur dengan cara yang sama dan ditutup dengan papan atau long mana yang berkenaan.

Disunatkan semasa memasuk mayat ke dalam kubur membaca :
.بِسْمِ اللهِ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ
 مِنْهَا خَلَقْنَاكُمْ , وَفِيْهَا نُعِيْدُكُمْ ، وَمِنْهَا نُخْرِجُكُمْ تَارَةً أُخْرَى

Dan sunat diraup tanah tiga kali raup- raup yang pertama di baca مِنْهَا خَلَقْنَاكُمْ dan dijatuhkan tanah itu ke dalam kubur dan diraup kali kedua baca وَفِيْهَا نُعِيْدُكُمْ dan dijatuhkan ke dalam kubur, diraup kali ketiga baca وَمِنْهَا نُخْرِجُكُمْ تَارَةً أُخْرَى dan dijatuhkan ke dalam kubur juga.
Semasa menurunkan mayat sunat ditudung dengan kain di atas muka kubur lebih-lebih lagi (sunat muakkadah) jika mayat itu mayat perempuan atau khunsa.
Kubur sunat dikambus dan ditinggikan sedikit sekadar sejengkal tetapi tidak membusut tinggi bahkan seperti sutuh. 
الحمد لله اولا واخرا والصلاة والسلام على رسوله المصطفى وعلى آله وصحبه أجمعين والحمد لله رب العالمين .

RENUNGKANLAH  BERSAMA...

Seterusnya....



SOLAT JENAZAH

Solat jenazah memiliki tata cara yang berbeza dengan solat yang lain, kerana solat ini dilaksanakan tanpa ruku’, tanpa sujud, tanpa duduk, dan tanpa tasyahhud. Solat Jenazah itu adalah seperti berikut :

1. Bertakbir 4 kali

2. Takbir pertama dengan mengangkat tangan, lalu tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri (sedekap) sebagaimana hal ini dilakukan pada solat-solat lain.

3. Setelah itu, berta‘awwudz lalu membaca Al-Fatihah dan surah lain dari Al-Qur`an. Bacaan dalam solat jenazah tidaklah dijahrkan namun dengan sirr atau pelahan.

4. Takbir kedua, lalu berselawat untuk Nabi SAW.

5. Takbir ketiga, lalu berdoa secara khusus untuk si mayat secara sirr atau pelahan.
           Doanya :

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

“Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya dan bersihkan dia dengan air salju dan air dingin. Bersihkanlah dia dari kesalahannya sebagaimana dibersihkan kain putih dari kekotoran, dan gantikanlah kampunganya dengan kampung yang lebih baik dan ahli keluarganya yang baik, suami isteri yang lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari seksa kubur dan fitnahnya dan dari seksa neraka.”

6. Takbir keempat berdoa untuk si mati lagi.
            Doanya :

أَللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْلَنَا وَلَهُ وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاَّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ

“Ya Allah, janganlah Engkau haramkan permohonan kami untuk kebajikannya dan janganlah Engkau membiarkan kami di timpa fitnah setelah ketiadaannya dan ampunkanlah kami dan dia juga rakan kami yang terdahulu beriman dan janganlah Engkau sematkan perasaan hasad dengki kedalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Tuhan kami, sesungguhnya Engkau bersifat pengasih dan penyanyang.”

7. Memberi salam ke kanan dan ke kiri.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ

Akhirnya tempat kita akan disemadikan di  ..........................
Sambung selepas ini...InsyaallahJ

Jom sambung.............




        CARA-CARA MENGKAFAN JENAZAH

Setelah mayat itu dibawa keluar dari tempat permandian, ia keluar dalam keadaan dibungkus dengan kain lepas yang panjang menutupi kepalanya hingga ke kakinya.   Kain tersebut biarlah berwarna gelap dan lembut.   Letakkan mayat tersebut di atas kafan yang telah sedia dibentangkan.

BAGI MAYAT LELAKI;
  1. Lapisan yang paling bawah ialah tali pengikat mayat
  2. Tali di bahagian hujung kaki
  3. Tali di bahagian lutut
  4. Tali di bahagian pinggang (pusat)
  5. Tali di bahagian hujung dada
  6. Tali di bahagian hujung kepala.
BAGI MAYAT PEREMPUAN;

Pastikan pada lapisan kain kafan paling bawah ialah lima utas tali yang diperbuat dari kain yang telah dicarikkan sewaktu menyediakan kain kafan tersebut.
  1. Tali di bahagian hujung kaki.
  2. Tali di bahagian lutut.
  3. Tali di bahagian pinggang (pusat).
  4. Tali di bahagian dada.
  5. Tali di bahagian hujung kepala.
  • Lakukan sebagaimana menguruskan mayat lelaki.   Sementara kain telekung hendaklah dipakaikan.*
  • Lapisan yang lebar ialah yang berukuran tinggi (panjang mayat) dengan dilebihkan 2 kaki di bahagian kepala (untuk mengikat hujung kepala nanti) dan 2 kaki di bahagian hujung kaki (untuk mengikat hujung kaki) 


*Adakah anda tahu pengurusan jenazah yang perlu kita lakukan selepas kafan??????
Jom teruskan membaca....