SOLAT JENAZAH
Solat jenazah memiliki tata cara yang berbeza dengan solat yang lain, kerana solat ini dilaksanakan tanpa ruku’, tanpa sujud, tanpa duduk, dan tanpa tasyahhud. Solat Jenazah itu adalah seperti berikut :
1. Bertakbir 4 kali
2. Takbir pertama dengan mengangkat tangan, lalu tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri (sedekap) sebagaimana hal ini dilakukan pada solat-solat lain.
3. Setelah itu, berta‘awwudz lalu membaca Al-Fatihah dan surah lain dari Al-Qur`an. Bacaan dalam solat jenazah tidaklah dijahrkan namun dengan sirr atau pelahan.
4. Takbir kedua, lalu berselawat untuk Nabi SAW.
5. Takbir ketiga, lalu berdoa secara khusus untuk si mayat secara sirr atau pelahan.
Doanya :
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ
وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ
بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ
الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ،
وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ
الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ
“Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihilah dia dan afiatkan dia dan
maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya dan
bersihkan dia dengan air salju dan air dingin. Bersihkanlah dia dari
kesalahannya sebagaimana dibersihkan kain putih dari kekotoran, dan gantikanlah
kampunganya dengan kampung yang lebih baik dan ahli keluarganya yang baik,
suami isteri yang lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah
dia dari seksa kubur dan fitnahnya dan dari seksa neraka.”
6. Takbir keempat berdoa untuk si mati lagi.
Doanya :
أَللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ
وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْلَنَا وَلَهُ وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ
سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاَّ لِلَّذِيْنَ
آمَنُوْا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ
“Ya Allah, janganlah Engkau haramkan permohonan kami untuk kebajikannya dan
janganlah Engkau membiarkan kami di timpa fitnah setelah ketiadaannya dan ampunkanlah
kami dan dia juga rakan kami yang terdahulu beriman dan janganlah Engkau
sematkan perasaan hasad dengki kedalam hati kami terhadap orang-orang yang
beriman. Tuhan kami, sesungguhnya Engkau bersifat pengasih dan penyanyang.”
7. Memberi salam ke kanan dan ke kiri.
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ
اللهِ
Akhirnya
tempat kita akan disemadikan di ..........................
Sambung
selepas ini...InsyaallahJ
No comments:
Post a Comment